10 Disember 2011

S.I.D.R.I.P.B - Sidang Redaksi Institut Profesional Baitulmal

SIDRIPB, menatang ape tu?

itu expression pertama mereka2 yang tak tau.

apa SIDRIPB ni sebenarnya, cer cte! cer cte!

SIDRIPB atau nama panjang dye Sidang Redaksi IPB ialah satu kelab dibawah IPB.

kelab ni ditubuhkan pada semester pertama aku berada disini.

macam mana kelab ni bole tertubuh?

tercetusnya idea untuk menubuhkan kelab ni bermula dari pelajar2 yang meminati bidang photograpy,

kebetulan keakraban pelajar2 ni tadi dengan salah seorang sifu dekat Hal Ehwal Pelajar telah membuatkan

kelab ni lebih mudah ditubuhkan berdasarkan nasihat dan panduan yang diberikan oleh beliau.

maka tertubuhlah kelab ni pada waktu tu yang dimana,

ahlinya cuma dikalangan pelajar2 DBS Intake 07/10.

permulaan untuk menjadikan kelab ni salah satu kelab yang dikenali pon memanglah tough.

i can say it is not easy man. bukan macam tengok tv sambil makan kacang.

disebabkan kuantiti kitorang pada waktu tu sangat lah sikit. *dalam 6-8 orang jer.

dan kitorang ni pulak semuanya perempuan.

jadi pergerakkan kitorang tu agak terbatas jugaklah.

mula2 cadangan kitorang cuma untuk menubuhkan kelab photography je kat IPB ni,

memandangkan majoriti budak2 zaman skunk ni suka sangat mengambil gambar.

jadi ini adalah inisiatif yang bagus untuk menggalakkan para siswa dan siswi untuk melakukan aktiviti

ko-kurikulum mengikut minat dan apa yang mereka suka.

namun, pihak HEP tak bersetuju dgn cadangkan ktorg.

dan salah satu cara utk teruskan penubuhan kelab ni adalah dgn,

menubuhkan kelab yang memberi infomasi kepada para pelajar.

jadi SIDRIPB ni sebenarnya adalah kelab gabungan antara photography dan buletin semasa.

macam ala-ala majalah sekolah la jugak tapi mengunakan cara menyampaikan infomasi yang berbeza.

setiap minggu, buletin yang digelar sebagai BERNAS akan keluar sebanyak dua kali.

aku salute dengan orang yang buat header ni, dye mmg ada bakat yang terpendam :)

Rabu dan Jumaat. *kadang2 sekali je seminggu, kadang2 tak penah pon ade.

siapakah orang2 kuat BERNAS ni? *ni la dye part yang paling best ni, haha.

siapa lagi kalau bukan yang sibuk bercerita dari tadi tu kan?

haha. akulah orangnya, mengikut pendapat aku.

pada mulanya, mmg seriously i just hate to do this things.

aku buat pon sebab atas dasar nak support member.

bukan sebab hati aku memang suka benda2 macam menulis dan buat karangan segala bagai tu eh =.="

sebab apa dalam ramai2, aku yang dorang pilih untuk jadi Ketua Editor?

kira BM aku ni agak power gaklah, walaupon aku ni sekolah rendah CINA ok! dgr tak CINA!

tapi BM aku memang tak dapat disangkal kehebatan ayatnya tu.

glaba je ayat atas tu, meluat aku baca.*mana ada, men2 jela. hahaha. tak hebat mana pon.

dan mula2nya aku buat dengan member2 aku.

namun setelah 4 sem aku berada kat sini,

akhirnya aku buat BERNAS tu sensorang je.

nasib aku ada sifu kat HEP yang selalu support kerja2 aku.

he know i got the spirit, semangat aku nak buat tu selalu ada.

*walaupon kadang2 aku slalu jugak down nak teruskan kerja ni.

kalau bukan dia tak kemanalah hidup aku hari ni.

silap2 satu jawatan pon aku tak pernah pegang.

dan semester ni jugak, bakal berlangsung AGM bagi setaip kelab.

yang specialnya semester ni, pembubaran bagi ahli jawatankuasa lama akan dilaksanakan.

apa komen aku pasal pembubaran ni?

# secara jujurnya, aku sedihlah jugak nak meninggalkan jawatan aku tu. bukan sebab aku gila kuasa ke apa ok! sebab aku dah lama dah dengan kelab ni, dan especially BERNAS, benda yang selalu buat otak aku serabut setiap malam selasa dengan khamis,*sebab keesokkan harinya ia akan di-publishkan dan diedarkan.
, benda yang buat aku selalu tidur lambat waktu aku mula2 kendalikan dye, benda yang akhirnya bagi aku satu pengalaman yang cukup berharga yang orang lain tak dapat, dan akhirnya buat aku jatuh cinta dengan dye. haha. hebat tak BERNAS ni. Hebatlah weyh, pada mulanya aku sikit punya meluat setiap kali nak kena buat benda ni, dan akhirnya sekarang dye buat aku rasa dah jadi lali dan macam satu routine hidup pulak kan. but ini cerita dulu, at the end of the day, aku kena lah jugak realise yang takkan sampai aku dapat DIP aku nak pegang jawatan ni. jadi aku kenalah bagi kat junior2 aku untuk kendalikan benda ni pulak, yela, nanti  berkembang la bende ni. Setiap org kan ada kelebihan masing2 kan, manalah tau orang yang bakal pegang jawatan Ketua editor lepas ni akan buatkan BERNAS ni dikenali oleh semua orang and even pelajar2 UiTM kat luar sana, baru dorang tau betapa hebatnya BERNAS ni. aku dapat bawa dia dikenali dalam IPB je. so tak cukup hebat lah. aku tak sabarlah dengan AGM yang baru ni. seriously, tak sabar nak curahkan ilmu2 aku kat budak2 yang betul2 berminat dalam bidang ini. weehheeee..

akhir kata, jom usha koleksi2 BERNAS aku, siap berfail2 :)


info program dan aktivi SIDRIPB. memule je semangat =.="

fail yang atas tu fail KE aku, and yang bawah tu koleksi BERNAS :)

example of BERNAS, hehehe :) 

muke Ex - KE, gudbye responsibility, im gonna miss you. :)

p/s : this after noon nak layan Ombak Rindu :) ladies out okea. tak sabar nak jadi ahli Kelab yang baru ditubuhkan kat IPB semester ni. wehehe. jom berekreasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan