24 Oktober 2011

den tak nak cakap apa2!

p/s :check result, daftar dan start kelas. huh!

baju yang digunakan untuk mendinginkan badan? ♥

 Lama rasanya tak meng-update.
Dah berhabuk dah nampaknya expression of life nih.
*buat2 batuk. Hukhukhuk.
Okla, cerita yang aku nak story kali ni, pasal title tu?
Korang cer teka. Cer teka.
Baju sejuk a.k.a sweater? Hah! Pandai pon.
(amende lah pulak si alya ni nak merepek)
Sebenarnya kan, aku ni peminat sweater tau.
Bukan la nak kata aku ni suka sangat mengumpul sampai berpuluh2 helai.
Gila kau! Ingat den ni anak ohgang kayo apo.
Tapi setakat 5 – 7 pasang tu adalah kot.
(eleh, kau simpan banyak2 ni nak buat apa, bukan kau dok kat London)
Kerekk! Hahaha. Memang den tak dok kat London pon. Sapo kato?
Minat la weyh, minat! Suka, tau tak suka.
Minat aku ni start bila kakak aku yang ketiga tu beli tok diri dye. Warna merahh!
Pergh. Cantik kott. *waktu tu la.
Lepas tu, mungkin dye prasan kot yang aku suka sweater tu. *mana taknya, kau asik pakai je!
Haha. Dye pon bagilah kat aku. Yeayyy!
Sejak tu la aku minat gan baju sejuk.
Then, lepas aku kerja. Adelah duit skit, kbtulan ade kakak aku bagi tau ade sweater Giordano cantikk warna hitam.
Offcoz la aku belikan, orang dah tanye tu.
Tula kali pertama aku beli sweater aku beli sweater.
Lau nak diikutkan dengan sweater2 aku yang lain, yang aku paling sayang warna hitam ni lah.
Bukan sebab dye yang paling berjenama ok?
Lau nak ikotkan ade je sweater aku dari rome lah apa semua.
*eleh kau nak riak2 pulak kat sini. Rome lah. Paris lah.
Ehh, jangan salah anggap ok. Kedai rome je. Bukan dari rome. Hahaha.
Nak riak dapat apa, dapat dosa je towkk!
Sebab dye ade banyak sentimental value.
Tu yang buat dye sangat2 bernilai dari yang lain.
Yela mana taknya :
1.       Aku beli guna usaha aku sendiri.
2.       Most of people yang pernah, yang, atau sedang aku anggap bestfriend pernah pakai sweater ni.
3.       Sebab dye special, warna tak luntur.
4.       Dan dye selalu nampak cool dan smart kat mata aku. *xde kena mengena yang ni.
Hah! Tula dye yang membuatkan dye special.
Nampak tak nampak tak permainan dye kat situ.
Anyway, result yang bakal keluar tu sangat memberatkan otak aku.
Mana taknya, dye lari sana sini dalam kepala ni! Argggh!
Ya allah, tolonglah hambamu yang lemah ini ya allah.
*huh! Tula manusia, susah baru nak cari tuhan yer.
DILARANG MENIRU AKSI DIATAS, CARILAH TUHANMU WAHAI HAMBA2 SEKALIAN, KETIKA SUSAH DAN SENANG, JANGAN DOK CARI WAKTU SUSAH JAK.
Jangan contohi amalan yang buruk tu okeyh.
Yang baik tu diharapkan dapat lah follow eh. Ataupon tekan butang LIKE. Heee..


p/s: oklah. Sampai disini dulu papan kekunci ini berdetak detuk. Nanti kalau senang, berbunyi lagi. *kesiannya mangsa kanak2 kecil kat china tu. Tak patut betullah pandang je macam tu. TOLONG LAHH NGEK. GERAM AKU!

Kisah rumah : bahagian 2

Huh! Rasanya macam dah lama sangat tak mengupdate belog kan?
Yela, bukan apa, tau2 sendiri lah kalau dah start cuty semester ni.
Lagi2 bila duduk rumah dan tak kerja kan?
Rutin harian aku kat rumah ni dah macam sebati sangat dah dengan hidup aku.
Aku bukan malas nak cari kerja macam org lain yg mesti sekarang ni tengah sibuk2 cari duit poket untuk sem baru nnty.
Tapi….. hidup aku ni kan berbeza dengan orang lain,
Aku kena tolong mak aku meniaga, jaga anak2 buah aku, kemas rumah, itu ini itu ini.
Benda2 macam tu, sampai bila2 pon dah jadi tanggungjawab aku.
Nak tak nak, kenalah jugak menghadap makanan dan tb tu hari2.
Tapi best apa an? At least anak2 buah aku tu boleh la menghiburkan hati yang sunyi sepi ni.
Apa kes alya kau dah lama tak online?
Hahaha.. ni semua gara2 akulah yang gatai tangan pi usha movie baru secara online.
Tup tup.. broadband kakak aku t uterus overlimit dan connection dye sampai dah terminate dengan maxis.
Jahatkan aku? Alaaa.. bosan kan takde muviee. Layan kejap jeaaa.. *ayat simpati, mcm kakak aku nak layan.
Korang nak tau tak schedule aku kat rumah?
Tak nak? Alaa, baca jelah kejap. Dah alang2 baca sampai separuh tu.

12:00 am – 8.30 am : membuta tak ingat dunia.
8.30 am – 9.30 am : mandi dan kemas bilik, sarapannnn!!!
9.30 am – 11.30 am : mulalah aktiviti sebagai surirumah sepenuh masa. *kemas uma, mandikan irfan and sofea, bagi dorang makan, cuci ayak besar dorang, bagi makan nestum
11.30 am – 12.30 am : layan adamaya! Bestttt!
12.30 pm – 01.30 pm : bagi faris makan pulak, layan sayang cendana J
01.30 pm – 3.30 pm : basuh Tupperware meniaga, pingan2 dan segala cawan yang ada.
3.30 pm – 5.30 pm : bagi irfan and sofea makan lagi, mandikan dorang, layan perangai dorang yang taknak tido sampai aku yg tertido
5.30 pm – 6.30 pm : layan lagu cinta nirmala pulakk! Besttt!
6.30 pm – 7.30 pm : duduk dgn my mum n sis J
7.30 pm – 9.00 pm : mulalah sediakan barang2 nak niaga esok, bawang, timun, kentang, beras, bihun, telur =.=”
9.00 pm – 11.30 pm : layan drama dan sebagainya.
11.30 pm – keatas : membuta lagi, sampai esok >_<

Penatnyaaaa menaippp =.=”
Begitulah ceritanya kan? Sementara tu, sibuk jugak buat advertisement tok kedai mak aku tu.
Heyy! Ramai member2 yang aku yang dah start berkerja eh, gud luck ea korang. Kerja rajin2 tauu J


 p/s : ada kejutan yang bakal hadirrr! Tak sabar! Tak sabar! Ehh! Choppp.. apa masalah ni nak jeling2 pulak. Nak kena?

08 Oktober 2011

Happy Birthday Sayang Acu ♥

selamat hari jadiii..
selamat hari jadiiii..
selamat hari jadiii anak buah accuuu..
selamat hariii jadiiiii... :D

sukanyee! sukenyee itewww!
hahaha. aku nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 6tahun to Faris a.k.a Aish,
and yang setahun to Sofea a.k.a Peya.
pejam celik pejam celik, dah nak besar dah dye yer.
sedih la pulok bila pikir tak lama lagi dye dah nak besar kan.
nak jadi orang dewasa.. huhuhu. nak tinggalkan acu dan nenek dye. :(
*apa kau merepek ni alya, dye baru nak masuk darjah satu laaaa.
anyway, post kali ni memang khas tok muka dorang nih.
sebab aku tak bagi dorang hadiah, jadi ni kira hadiah la ek.
*mcm dorang dah pandai buka tenet,ngokkk.
nak bercerita sal hadiah ni. perghh!
memang bestkan sambut birthday kat tadika?
tengok faris uh, bape banyak hadiah dia dapat.

jeles akuu! ishh! >_<
hahaha. then yang sofea pulak dapat gelang kaki.
dye pon da pandai jalan kan, so mmg sesuai sangatlah :)
oh! hadiah tu ibu dye yg bagi,
while hadiah ducky2 yang pot pott tu nenek su dye yg bagi :)
oh! tak dilupakan. aku pon dapat hadiah. haha. jangan jelesss!

my sis Zairani yang brought me the gift. dye kata Isetan KLCC ada member saless! wow!
dia bagi pilihan. ada hijau and biru. so i choose biru :) ! SEED ♥ thanks.


malam tu jugak, kitorang sambutlah bufday kedua2 budak chomel tu.
tapi cuma kami berempat je. yang lain ada yang keja.
ada yang pergi annual dinner. sadly.
tapi tetap meraikan jugak kelahiran dorang.
ibu dorang belikan kek Angry Bird lah!
dan ibu dye masak kuey teow goreng. sedapp ♥

angryyyy birddddd ♥ popular sangat dohhh..
dan tak lupa jugak irfan naufal sebagai V.I.P :)

chomel2 :D
dan berakhirlah ceritanyaaa :)
and they lived happily ever after.. ♥
ni cek ado suko satu petikan ni hah!
moh la baca dan renung2 kan nooo.. :)


hang pa semua faham kan. baguihh la kalau lagu tuuu :)

p/s : twitter tu memang tempat tuk artis2 nak bergaduh ke? bengang lak aii tengok galaksi semalam. dah2 le tu, anda semua bukan muda lagi. sangkak negara lah, chimpanzee laaa.. adoii! tak fahamm.. ehh! chop.. kite mimpi kamu buat skype baru, betulkah?

07 Oktober 2011

Wahai kaum hawa, bacalah nie ♥


SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi