banyak laa yang terjadi pada tarikh keramat ni.
salah satunya Hari Malaysia, hehehe..
tapi aku tak nak story pasal hari malaysia.
sebab aku tak sambut pon.
aku nak cerita yang aku balik kampung, bestttt!
dengan menaiki kancil chomel mak aku tu,
kami pun gerak dalam pukul 10.30pagi.
(siap ade orang nak ikut lagi, sorry! kereta penuh!)
perjalanan pun bermula dgn chaos bila kakak aku yang sorang ni tertinggal Samsung Galaxy dye.
padan muka! ^_^
dan seterusnya padan muka aku pulak bila aku dapat tau charger HP aku tertinggal. =.="
hahaha.. kami teruskan je perjalanan tanpa menghiraukan apa2 lagi..
gila kau nak patah balik?
sampai pun dalam pukul 12 lebih..
kami just rehat2 diri kat rumah Mak cik den kat Bukuit Baru tu..
lepas dah agak2 petang, aku mula lah kan!
MAIN BASIKALLLL!
seronok yang bukan kepalang walaupun cuma dua tiga round je!
lepas tu, dah agak2 penat.
masuklah rumah, bersih2kan diri.
lepas tu, mak cakap nak pergi makan malam kat The Windmill.
yang disyorkan oleh my sis, Ain.
dengar pon dah macam best kan, belum pergi lagi.
lepas selesaikan solat isyak dan bersiap2, kami gerak dalam pukul 8.30pm.
ok! posing dulu! hahaha. |
tolong susunkan meja kami pe semua,
lepas tu terus amik order.. thumbs up ok untuk layanan dye!
muka masing2 pening tak tau nak order ape! hehehe.
then, kami borak2 la dulu sementara nak tunggu order!
tiba2!!!!
lagu terhenti dan kedai jadi senyap sunyi!!
keluar pulak lagu Happy Birthday!lah, ingatkan apelah tadi.
dan suddenly jugak, aku teringat kat dia. hurm.
dalam hati (Happy Birthday dear). :'(
makanan pon sampai, nasi goreng kampung mak aku laa yg sampai dulu.
diikuti dengan steak2 yang terpilih!
for more info, logged on to
The Windmill Station :)
Hari kedua di melaka!
pagi2 lagi, selepas sarapan, tengok tv la pe semua.
then mak suruh siap nak pergi orang kawin.
nak tak nak, gerak jela.
mengenakan baju raya aku tahun ni, kami pun mulakan laa perjalanan.
saya dan irfan naufal! |
kami gerak ke melaka perdana pulak.
pergi rumah YB, kawan mak and mak cik saya dulu2
rumah orang kaya2! tak mampu aku! semua stok banglo! |
datang bersalam dan tengok orang makan jela.
dah penat2, kami pun balik rumah.
kakak den tu, mula laa.
"takkan nak duduk rumah je, jom laa keluar, kat kl duduk rumah, kat melaka pon nak duduk rumah?"
cuma bawa irfan jea, sofea, aish and adam tinggal kat rumah.
mula2 tak tau nak pergi mana,
then my sis cakap dye nak minum air coconut milkshake kat klebang!
kami pun menuju ke arah pantai klebang..
kedai papan jea weyh, tapi...
ramai gila orang, setiap kali orang bangun je dari kerusi.
mesti ade orang lain yang ganti.
semua beli sorang satu, ktorg beli bungkus jea.
sebab malas nak keluar kereta. hari nak hujan.
rasa dye sedap giler sampai kau tak nak lepas! hahaha.. |
sebelum dapat rasa sedapnya air tu, beraturlahh macam ni!! hahaha.. |
yang ni pun sedap jugak!
kedai laksa ni depan skit dari kedai coconut tadi.
cuba tau bila da datang melaka nanti! :)
lepas tu ktorg ke destinasi terakhir, Mahkota Parade!
kakak2 ku :) |
jalan2 jea, sempat jugak laa mengurut guna GINTELL! besttt!
sebelum balik ingat nak perkena Masak Asam kat Jalan Laksamana.
tapi mak da suruh balik sebab kesian kat kakak saya yg pregnent tu.
malam tu, macam biasa. tengok tb dan tido.
sebab pagi2 ahad lagi dah nak balik.
bila dah sampai kat ruma,
baru dapat mesej dari orang bangi ajak gi Open House rumah dye.
sabor jela! =.="
Tiada ulasan:
Catat Ulasan