Sahabat..
Bukan satu, tapi berjuta..
Bukan untuk digunakan, tapi untuk dijaga..
Bukan untuk dimusuhi, tapi disayangi..
Bukan untuk sementara, tapi untuk selamanya..
Bukan untuk dilupa, tapi untuk diingati..
Buakn untuk ditinggalkan, tapi untuk dirindui..
Bukan setakat disisi, tapi selamanya- lamanya dihati..
Ya Allah..
Sentuhkanlah hati sahabat-sahabatku,
Disaat dia jauh darimu..
Peluklah hatinya,
Disaat dia mencintai sesiapa lebih darimu..
Periharalah imannya selalu Ya Allah..
Amin..
Buatmu Sahabat..
Aku menadah tangan berdoa..
Memmberitahu tuhan yang aku bersyukur,
kerana DIA telah mengurniakan seorang sahabat seperti mereka kepadaku..
Ya Allah,
Ku bermohon agar engkau mencurahkan rahmatMu kepada sahabat-sahabatku ini..
Wahai Sahabat..
Aku berjanji..
Jika semalam aku adalah sahabatmu,
Hari ini aku masih lagi sahabatmu..
Itulah janjiku wahai sahabatku,
Dan itulah hadiah buatmu kesetiaan seorang sabahat dariku..
Sahabat..
Kita berjumpa kerana takdir,
Dan kita akan berpisah kerana cita-cita..
Insyallah..
Semoga hatiku kekal menyayangimu,
Wahai Sahabatku..
p/s : Saya sayang awak sangat2 sahabat saya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan